Formasi Kerum adalah salah satu formasi yang paling tua dalam Kumpulan Tembeling selepas Konglomerat Lanis, Syal Termus dan Batu Pasir Mangkin. Usianya dianggarkan Trias Atas hingga ke Jura Bawah. Formasi ini tersingkap dengan baik di kawasan Kota Gelanggi dan Sungai Tekam, Jerantut. Litologinya adalah terdiri daripada saling lapis konglomerat, lodak bertuf, batu pasir bertuf dan kekanta batu lumpur. Lapisan syalnya berwarna merah dan ia mencirikan Formasi Kerum itu sendiri. Manakala kekanta batu lumpur adalah berwarna kelabu cerah yang selalunya mengandungi fosil tumbuhan. Klasta konglomeratnya berkomposisi volkanik seperti andesit dan piroklastik. Terdapat satu singkapan di ladang kelapa sawit Kota Gelanggi 3 yang lebih berupa longgokan piroklastik. Antara fosil yang boleh ditemui di singkapan ini adalah Cladophlebis, Otozamites, Neocalamites, Taeniopteris dan Equisetum atau horsetail. Himpunan fosil tumbuhan ini dinamakan sebagai Flora Gelanggi (Ahmad Rosli Othman, 2007).
Harbury et. al (1989) menyatakan bahawa unit batuan ini sama seperti Formasi Semantan dan menyeluarkannya dari Kumpulan Tembeling. Tetapi berdasarkan cerapan di lapangan didapati bahawa persekitaran pengenapan lebih kepada persekitaran sungai yang berhampiran pantai. Ini dibuktikan dengan kewujudan banyak fosil-fosil tumbuhan dalam Formasi tersebut yang pada anggaran penulis berusia Trias Lewat ke Jura Awal. Berdasarkan kewujudan fosil tumbuhan tersebut, mungkin berlakunya peralihan persekitaran pengenapan dari marin ke daratan akibat pengangkatan tektonik!