Thursday, January 21, 2010

Bentuk pengawetan fosil Costatoria pahangensis


External mould (Acuan luaran)


Internal mould (Acuan dalaman)

Cast (bentuk bekas)

Sunday, January 3, 2010

Bivalvia Costatoria dari Fauna Myophoria, Lipis


Foto menunjukkan lapisan yang mempuyai Fauna Myophoria dalam batu lumpur. Lapisan kokuina dapat diperhatikan dalam lapisan ini. Seperti yang telah disebutkan dalam entry terdahulu, usia Fauna Myophoria ini masih menjadi tanda tanya. Walaupun penulis mempunyai bukti bahawa fauna ini berusia Anisian, Trias Tengah, namun usianya masih boleh dibahaskan kerana berkemungkinan kewujudan fauna ini menjadi indikator terhadap perubahan persekitaran pengenapan dari marin ke benua pada Trias Lewat ke Jura Awal. Namun begitu, pada Anisian pun mungkin terdapat persekitaran pengenapan laut cetek dan kemudian menjadi laut dalam sehingga Karnian, Trias Lewat. Aras laut sentiasa berubah-ubah dan tidak sentiasa statik sepanjang usia Mesozoik.



Foto menunjukkan kelimpahan fosil Costatoria dalam batu lumpur dari Formasi Kaling. Sampel diambil dari satu singkapan batuan di tepi Jalanraya Benta-K.Lipis seperti dalam entri sebelum ini.



Acuan dalaman Costatoria pahangensis (bawah penjuru kanan) dan Costatoria malayensis crenulata (atas penjuru kiri).