Himpunan Costatoria malayensis crenulata dari Taman Emas, K. Lipis,
Batupasair Myophoria Atas
Himpunan
Costatoria pahangensis dan
C. malayensis dari Aring,
Batupasair
Myophoria Bawah
Jalur Trias Timur adalah dicirikan oleh;
- kedapatan ammonoid berusia Ladinian dan Anisian
- kedapatan biofasies bivalvia Daonella bersekutuan dengan ammonoid berusia Ladinian- persekitaran laut dalam.
- kedapatan batupasir Myophoria yang mempunyai Fauna Myophoria yang bersekutuan dengan ammonoid Anisian- persekitaran laut cetek dan dalam.
Batu pasir
Myophoria yang mengandungi Fauna
Myophoria telah diperkenalkan oleh Newton pada tahun 1900 dan merupakan antara fosil terawal pernah ditemui di Tanah Melayu ketika itu. Fosil fauna tersebut ditemui di Kuala Lipis dan kemudiannya turut ditemui di Jurong, Singapura dan di beberapa tempat lain di Pahang seperti yang didokumentasikan oleh Newton (1906), Wier (1925) dan Cox (1936). Mereka menganggarkan usia fauna ini sebagai Rhaetian dan Karnian (Trias Lewat).
Manakala Tokuyama (1961) pula telah menemui dan mengenalpasti bahagian Batupasir
Myophoria Bawah dari batupasir
Myophoria tidak jauh dari lokasi penemuan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Tokuyama memberikan usia Trias Tengah bagi Batupasir Myophoria Bawah berdasarkan sekutuannya dengan ammonoid berusia Trias Tengah (Anisian).
Penemuan fauna ini di beberapa lokaliti yang berbeza serta himpunan fosilnya yang berbeza mencadang wujudnya perbezaan usia atau persekitaran pengenapan.
Penulis telah menaksirkan bahawa wujud dua lapisan batupasir
Myophoria di Jalur Trias Timur yang diringkaskan sebagai;
- Batupasir Myophoria Atas - dicirikan oleh himpunan Costatoria-Cardium (Jurong, K. Lipis) berusia Rhaethian (Trias Lewat).
- Batupasir Myophoria Bawah - dicirikan oleh himpunan Costatoria-Neoschizodus yang bersekutuan dengan ammonoid Anisian (Aring, Cegar Perah, Sg. Tua) berusia Anisian (Trias Tengah).
Sebarang penemuan Fauna
Myophoria khasnya di Jalur Trias Timur bolehlah dirujuk kepada pencirian di atas utk memastikan usia dan taburannya. Huraian ini memberikan dimensi baru terhadap kajian biostratigrafi, taburan fosil Trias di Malaysia dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kewujudan Fauna
Myophoria di Jalur Trias Timur.