Sebanyak dua spesies Costatoria telah dikenalpasti terdapat di satu singkapan batuan di Taman Emas, Lipis iaitu Costatoria goldfussi mansuyi? dan Costatoria pahangensis. Kawasan penemuan mungkin adalah berhampiran dengan kawasan di mana Newton pada tahun 1900 menemui buat pertama kalinya fosil di Tanah Melayu pada ketika itu. Beliau menamakan batuan yang mempunyai fosil fauna Myophoria tersebut sebagai Batupasir Myophoria yang berusia Rhaethian, Trias Atas. Pada tahun 1923, Newton turut melaporkan penemuan fauna sedemikian di Jurong, Singapura.
Kemudian pada tahun 1964, Kobayashi dan Tamura telah mengkaji semula fosil fauna ini berdasarkan penemuan fosil sedemikian yang berusia Anisian di kawasan Benta, Cegar Perah dan Ulu Kenong.
Kewujudan lapisan Myhoporia bercengkerang tebal berusia Anisian ini adalah unik kerana ia terbahagi lagi kepada dua lapisan biostratigrafi berdasarkan assosiasi dengan ammonoid. Lapisan di Aring (berassosia dengan ammonoid Balatonites cf. B. balatonicus) didapati sedikit lebih tua berbanding di Ulu Kenong, Cegar Perah dan Benta (berassosiasi dengan ammonoid Paraceratites trinodosus) di mana genus Costatoria ini mencapai kemuncak perkembangannya dengan kewujudan pelbagai spesies Costatoria seperti Costatoria pahangensis, C. malayensis, C. cegarperahensis, C. quinqostata dan Costatoria cf. C. myophoria.
Kewujudan lapisan pengenapan sekitaran laut cetek ini merupakan sebahagian dari Formasi Kaling di mana ketika usia Anisian, sekitaran lautan adalah di lautan cetek dan dalam; dan kemudiannya menjadi lautan dalam sepenuhnya ketika berusia Ladinian membentuk Formasi Semantan. Oleh Kerana itu kita hanya akan menemui spesies yang biasanya hidup di persekitaran laut dalam semasa usia Ladinian seperti Daonella dan ammonoid seperti yang banyak terdapat di kawasan Mentakab, Pahang; di Aring, Gua Musang, Kelantan dan di Yong Peng, Johor. Ini juga dapat menjelaskan kenapa kita boleh menemui singkapan batuan yang mempunyai fauna Costatoria seperti yang terdapat di kawasan Temerloh (mungkin dalam bentuk jatuhan blok batuan dsb.).
Kenyataan ini selari dengan pendapat Kobayashi yang menyatakan bahawa zon bahagian timur batuan Trias adalah dicirikan oleh kewujudan Biofasies Daonella dan Biofasies Myophoria serta terdapatnya ammonoid berusia Anisian. Dari kajian terkini, Biofasies Daonella didapati berassosiasi dengan ammonoid berusia Ladinian manakala Biofasies Myhophoria pula berassosiasi dengan ammonoid berusia Anisian yang dicadangkan diletakkan dalam Formasi Kaling.