Thursday, October 16, 2008

Lapisan Merah dari Formasi Kerum







Singkapan ini terdedah di kawasan Sg. Poho, Jerantut berhampiran batu Kapur Kota Gelanggi untuk pembinaan kawasan perumahan. Lapisan batu lumpur putihnya mengandungi fosil tumbuhan seperti Neocalamites sp., Cladioplebis sp., Taeniopteris sp. Ortozamites sp. dan Equisetum sp.. Singkapan ini mungkin sebahagian dari bahagian atas Formasi Kerum atau mungkin adalah Termus Syal iaitu salah satu ahli dalam Kumpulan Tembeling. Usia pengenapan mungkin pada Trias Akhir ke Jura Awal.

No comments:

Post a Comment