Era Mesozoik adalah salah satu era dalam sejarah bumi yang berlansung dari 245 hingga ke 65 juta tahun lampau. Era Mesozoik merangkumi masa antara dua peristiwa penting kepupusan hidupan dalam sejarah bumi iaitu kepupusan Permian dan kepupusan Kapur (Cretaceous). Kepupusan Permian mengakhiri era Paleozoic manakala kepupusan Kapur pula mengakhiri kehidupan dinasor yang juga mengakhiri era Mesozoik. Ahli geologi yang mengkaji bumi membahagi era Mesozoik kepada tiga zaman geologi iaitu Triassik (245-208 juta tahun), Jurassik (208-146 juta tahun), Kapur (146-65 juta tahun).
Pada ketika itu bumi hanya mempunyai satu kerak benua besar sahaja atau dikenali sebagai Pangea. Mesozoik adalah ketika di mana bermulanya pemecahan kerak benua besar tersebut bermula sekitar 225-200 juta tahun lampau yang akhirnya membahagikan kerak benua besar tesebut kepada 13 benua moden seperti yang terdapat hingga kini. Pemecahan ini adalah akibat tindakan pergerakan bahan-bahan magmatik dalam perut bumi dan menjadi punca utama terhadap kejadian gunung berapi dan gempa bumi akibat perlanggaran tektonik antara benua-benua. Pemecahan ini juga meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan bumi yang menyumbang terhadap kepupusannya. Proses pemecahan ini masih berlangsung sehingga sekarang.
Hidupan laut Mesozoic menyaksikan kemunculan semula sepalopod atau haiwan sotong bercangkerang seperti ammonoid (seperti ceratites) yang akhirnya diganti pula oleh ammonit. Terumbu karang, ikan bercangkerang pula terevolusi dan bersaing dengan ammonit sebagai pemangsa.
Hidupan daratan pula menyaksikan kemunculan beberapa kumpulan tetrapod atau haiwan berkaki empat seperti dinasor, reptilia dan mamalia yang mendominasi persekitaran daratan. Tumbuh-tumbuhan baru telah muncul seperti pokok paku pakis (saikad), conifer dan gingko. Tumbuhan berbunga pula mula muncul sekitar 140 juta tahun lampau dan mendominasi banyak kawasan di dunia sehingga kini.
Era Mesozoik berakhir dengan kepupusan massa sekitar 65 juta tahun lampau yang menyaksikan hampir 75% spesies kehidupan bumi pupus sama sekali termasuklah dinasor, reptilian dan ammonit. Punca kepupusan ini telah lama dibahaskan tetapi belum ada konklusi yang tepat boleh ditafsirkan. Namun begitu punca utama yang sering diketengahkan oleh ahli geologi adalah berpunca dari hentaman meteorit-meteorit dari angkasa lepas.
No comments:
Post a Comment