Thursday, September 24, 2009

Struktur geologi dalam Formasi Kaling (QZ480)




Struktur geologi seperti permukaan bergelombang (wavy surface), lapisan berlamanasi selari, lapisan silang dan kesan riak dapat diperhatikan dalam batuan lodak dari Formasi Kaling di lokaliti QZ480, Aring. Kewujudan struktur geologi ini menandakan bahawa persekitaran pengenapan adalah di persekitaran lautan cetek (neritik). Kenyataan ini disokong juga oleh kedapatan fosil tumbuhan, fosil krinoid, analisis fasies dan kelimpahan fauna bercangkerang keras laut cetek.
Formasi ini baru dipetakan di kawasan kajian dan merupakan kelangsungan jujukan batuan Formasi Kaling dari Gemas, Karak, Buikit Kaling, Lakum, Sg. Tua, Benta, Bandar K. Lipis, Chegar Perah, ditindih oleh Kumpulan Tembeling seterusnya muncul semula di kawasan Aring, Gua Musang. Singkapan batuan ini menyelesaikan masalah penentuan usia batuan yang dihadapi oleh Aw & Sato (1990) semasa membuat pemetaan geologi dan penjelahan mineral kawasan di Aring.

Tuesday, September 15, 2009

Fosil Tumbuhan Neocalamites, Jerantut





Fosil tumbuhan Neocalamites ini ditemui di Simpang Kota Gelanggi berhampiran bukit batu kapur Kota Gelanggi (Kota Jin) dalam formasi Kerum yang dipercayai berusia Trias Atas. Untuk pembacaan lanjut, sila muat turun di sini .

Monday, September 14, 2009

Kokina Formasi Kaling di QZ480, Aring

Assosiasi fosil bivalvia Daonella, Frenguillella dan Brakiopod yang berupa lapisan kokina.
Batu pasir Myophoria Bawah, Formasi Kaling, QZ480, Aring.

Sunday, September 13, 2009

Conglomerate of the Kaling Formation in Lakum, Temerloh





Conglomerate pebbles of the Kaling Formation consists mainly of quartzite, fine sandstone, schist, chert and vein quartz and they are grain-supported. They range in diameter from a fraction of 0.5 cm to 3 cm. The matrix commonly is arenaceous and is composed of subangular to rounded fine-grained quartz mosaic and iron oxide.

Thursday, September 10, 2009

Middle Anisian ammonoids from QZ480, Aring


Acrochordiceras sp.



Balatonites cf. balatonicus

Balatonicus Subzone, Balatonites Zone,
Pelsonian, Middle Anisian,

QZ480, Kaling Formation
Kelantan

Tuesday, September 8, 2009

Fossils from Kaling Formation, Lakum


Bivalve Costatoria cf. cergarprahensis (Kobayashi&Tamura)


Brachiopod "Rhynchonella" (s.l)


Bivalve Plagiostoma sp.

Sunday, September 6, 2009

Singkapan Formasi Kaling, Lakum




Singkapan batuan dari Formasi Kaling ini dapat diperhatikan di kawasan Felda Lakum berhampiran sempadan daerah Bentong dan Temerloh. Kawasan ini didapati telah dibuka untuk pembinaan markas tentera. Oleh itu terdapat banyak dedahan singkapan batuan dapat diperhatikan. Batuan utama adalah konglomerat dengan sedikit batu lumpur dan batu pasir berpebel. Batu konglomerat yang keras dan tahan luluhawa inilah yang membentuk permatang yang panjang dari Chegar Perah hingga ke Gemas. Terkini, singkapan sedemikian juga telah ditemui dan dilaporkan di kawasan Aring, Kelantan yang mungkin merupakan kesinambungan dari singkapan di Chegar Perah-Gemas.