Struktur geologi seperti permukaan bergelombang (wavy surface), lapisan berlamanasi selari, lapisan silang dan kesan riak dapat diperhatikan dalam batuan lodak dari Formasi Kaling di lokaliti QZ480, Aring. Kewujudan struktur geologi ini menandakan bahawa persekitaran pengenapan adalah di persekitaran lautan cetek (neritik). Kenyataan ini disokong juga oleh kedapatan fosil tumbuhan, fosil krinoid, analisis fasies dan kelimpahan fauna bercangkerang keras laut cetek.
Formasi ini baru dipetakan di kawasan kajian dan merupakan kelangsungan jujukan batuan Formasi Kaling dari Gemas, Karak, Buikit Kaling, Lakum, Sg. Tua, Benta, Bandar K. Lipis, Chegar Perah, ditindih oleh Kumpulan Tembeling seterusnya muncul semula di kawasan Aring, Gua Musang. Singkapan batuan ini menyelesaikan masalah penentuan usia batuan yang dihadapi oleh Aw & Sato (1990) semasa membuat pemetaan geologi dan penjelahan mineral kawasan di Aring.

Jika sesuaikan gambar di atas fungsinya apa? dan pengukuran bagaimana jalannya?
ReplyDelete