Tuesday, February 23, 2010

Lokaliti QZ482, Aring


Lokaliti baru ini dinamakan sebagai QZ482, terletak tidak jauh dari Lokaliti QZ480. Satu laluan baru sedang dibina bagi menghubungkan Felda Aring 5 ke Aring 9 yang merupakan satu-satunya pakej laluan yang belum dibina bagi jajaran Aring-K. Berang. Dari peta geologi yang dikeluarkan pada 1990, kawasan ini dipetakan dalam Formasi Aring (Karbon- Trias Awal) [Formasi ini perlu dinilai semula memandangkan julat usia geologi yang terlalu panjang]. Dari penemuan fosil di kawasan ini, seharusnya ia diletakkan dalam Formasi Telong. Sempadan batuan/formasi perlu diubah.


Ammonoid berusia Anisian, Kellnerites samnuaensis (MANSUY) banyak ditemui di kawasan ini menandakan strata batuan adalah seusia dengan strata batuan QZ480.


Litologi juga adalah sama dengan litologi Qz480 iaitu didominasi oleh batu lumpur dan syal kelabu gelap tetapi tidak mempunyai lapisan Myophoria.


Ammonoid bersaiz besar ini turut ditemui di QZ480 tetapi tidak dapat ditentukan genusnya.


Lagi sampel batuan yang mempunyai ammonoid Kellnerites samnuaensis (MANSUY).

Monday, February 1, 2010

Entolium subdemissum



Entolium subdemissum MUNSTER
Telong Formation (Middle Anisian)
Aring, Kelantan