Lokaliti baru ini dinamakan sebagai QZ482, terletak tidak jauh dari Lokaliti QZ480. Satu laluan baru sedang dibina bagi menghubungkan Felda Aring 5 ke Aring 9 yang merupakan satu-satunya pakej laluan yang belum dibina bagi jajaran Aring-K. Berang. Dari peta geologi yang dikeluarkan pada 1990, kawasan ini dipetakan dalam Formasi Aring (Karbon- Trias Awal) [Formasi ini perlu dinilai semula memandangkan julat usia geologi yang terlalu panjang]. Dari penemuan fosil di kawasan ini, seharusnya ia diletakkan dalam Formasi Telong. Sempadan batuan/formasi perlu diubah.
Ammonoid berusia Anisian, Kellnerites samnuaensis (MANSUY) banyak ditemui di kawasan ini menandakan strata batuan adalah seusia dengan strata batuan QZ480.
Satu lagi formasi yg perlu dinialai smula ialah fm koh, di dlmnya berbaur marin dan benua!
ReplyDeleteYup!... semestinya perlu dinilai semula. Fm Koh agak signifikan kerana mungkin merupakan peralihan marin ke benua pada lewat Trias. Fm Rabong itu sendiri mungkin adalah sebahagian dari Kumpulan Tembeling atau setara dengan Fm Koh.
ReplyDelete