Singkapan batuan yang terdiri daripada perlapisan batu lumpur berkarbon dan batu lodak yang merupakan sebahagian dari unit batuan marin enapan laut dalam Formasi Semantan.
Batu lumpur berkarbon menghasilkan banyak fosil ammonoid yang berusia Smithian, Trias Awal.
Antara serpihan batu lumpur berkarbon yang mempunyai tempelan fosil ammonoid.
Ammonoid Lecanites? sp. paling banyak ditemui dan merupakan penemuan pertama di Malaysia.
Ammonoid Euflemingites? sp.
Pada 12 Jun 2010, penulis telah menemui satu singkapan batuan yang tipikal bagi unit batuan dari Formasi Semantan berhampiran Hospital Bandar Jengka, Maran, Pahang. Turutan batuan adalah terdiri daripada batu lumpur berkarbon dan batu lodak yang merupakan sebahagian dari unit batuan dari Formasi Semantan.
Antara perlapisan batuannya boleh ditemui banyak fosil ammonoid yang merupakan tempelan pada satah-satah batuan. Namun begitu keadaan pengawetan fosil adalah amat buruk akibat luluhawa tetapi morfologi ammonoid masih boleh dicerap. Dua taksa ammonoid telah dikenalpasti iaitu Lecanites? sp. dan Euflemingites? sp. di mana kedua-duanya adalah cirian bagi Zon Meekoceras gracilitatis yang berusia Smithian, Trias Tengah. Kedua-dua taksa ammonoid tersebut adalah kali pertama ditemui di Malaysia.
Penemuan ini juga menambah data biostratigrafi mengenai kewujudan ammonoid berusia Smithian dalam Zon Batuan Trias Timur di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini penemuan ammonoid Smithian pernah direkodkan di Gua Panjang, Gua Musang oleh Hada, 1966.
This is a personal weblog, and the opinions expressed here represent my own and not those of my employer or any other organization with which I am associated.
"TAXONOMY IS OFTEN UNDERVALUE AS A GLORIFIED FORM OF FILLING WITH EACH SPECIES IN ITS FOLDER, LIKE A STAMP IN ITS PRESCRIBED PLACE IN AN ALBUM; BUT TAXONOMY IS A FUNDAMENTAL AND DYNAMIC SCIENCE, DEDICATED TO EXPLORING THE CAUSES OF RELATIONSHIPS AND SIMILARITIES AMONG ORGANISMS." - S.J. GOULD 1990.
I am a paleontologist. Currently working on Triassic fossils in Malaysia with a heavy emphasis on ammonoids, bivalves and plant fossils -just for hobby. Love to spend more time in the field hunting for fossil. -TRIASSIC WORKER
E-mail:
ahmadjmg@gmail.com