Singkapan batuan yang terdiri daripada perlapisan batu lumpur berkarbon dan batu lodak yang merupakan sebahagian dari unit batuan marin enapan laut dalam Formasi Semantan.
Ammonoid Euflemingites? sp.
Pada 12 Jun 2010, penulis telah menemui satu singkapan batuan yang tipikal bagi unit batuan dari Formasi Semantan berhampiran Hospital Bandar Jengka, Maran, Pahang. Turutan batuan adalah terdiri daripada batu lumpur berkarbon dan batu lodak yang merupakan sebahagian dari unit batuan dari Formasi Semantan.
Antara perlapisan batuannya boleh ditemui banyak fosil ammonoid yang merupakan tempelan pada satah-satah batuan. Namun begitu keadaan pengawetan fosil adalah amat buruk akibat luluhawa tetapi morfologi ammonoid masih boleh dicerap. Dua taksa ammonoid telah dikenalpasti iaitu Lecanites? sp. dan Euflemingites? sp. di mana kedua-duanya adalah cirian bagi Zon Meekoceras gracilitatis yang berusia Smithian, Trias Tengah. Kedua-dua taksa ammonoid tersebut adalah kali pertama ditemui di Malaysia.
Penemuan ini juga menambah data biostratigrafi mengenai kewujudan ammonoid berusia Smithian dalam Zon Batuan Trias Timur di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini penemuan ammonoid Smithian pernah direkodkan di Gua Panjang, Gua Musang oleh Hada, 1966.

saya baru terfikir kenapa tak ada orang mencari fosil di malaysia.tak sangka anda orang yang saya jumpa di internet.Dan lokasi diatas berhampiran kampung saya.http://ridenzo.blogspot.com
ReplyDelete