Satu singkapan yang kaya dengan fosil Trias kepunyaan Formasi Semantan telah ditemui pada satu cerun potongan bukit di Kerambit, Lipis. Singkapan batuan terdiri daripada turutan batuan syal, batu lumpur dan batu lodak.
Lapisan berfosil boleh ditemui pada lapisan-lapisan tertentu terutama dlm batu lumpur. Kajian terdahulu menunjukan bahawa antara fosil yang boleh ditemui di kawasan ini adalah Costatoria pahangensis (non, = Costatoria goldfussi), Entolium subdemissum, Elegantinia? sp., Plicatula (Pseudolacunopsis) cf. curunata, Cardium scrivenori dan Lima (Plagiostoma)? sp. Dari cerapan terkini, didapati terdapat banyak lagi fosil-fosil yang boleh ditemui di kawasan tersebut seperti Gruenelwaldia sp. dan Costatoria goldfussi. Penemuan ini unik kerana Costatoria juga boleh ditemui dalam batuan berargilit kepunyaan Formasi Semantan yang mana sebelum ini hanya ditemui dalam batuan berarenit yang sering dirujuk sebagai Batupasir Myophoria dalam bentuk longgokan kepunyaan Formasi Kaling. Ini menunjukan bahawa wujud perbezaan persekitaran pengenapan dan bukan dikawal oleh usia pengenapan. Dengan kata lain, Formasi Semantan dan Formasi Kaling telah dienapkan dipersekitaran yang berbeza pada usia geologi yang sama.
Kesemua spesimen Costatoria dari kawasan ini adalah terdiri daripada spesies goldfussi. Costatoria pahangensis yang ditemui oleh pengkaji terdahulu sebenarnya adalah Costatoria goldfussi yang mempunyai 8-12 rusukan primer dan tidak mempunyai rusukan sekunder.
Hey nice blog!good job man.
ReplyDeletei have promotion for domain name start from RM 17.99 Just Looking For You Visit My Site.
www.cngnet.com.my
Good Day.
Bro.. really enjoy all your fossil photos. wish i could become a paleontologist myself n hunt fossils for hobby. do you know how/where to start for a newbie like me?
ReplyDeletecantik trace fossil ni..so beautiful.. it will be great if the founder is me. :)
ReplyDelete