Singkapan batuan kepunyaan Formasi Semantan ini dicerap berhampiran Pekan Karak, Bentong. Litologi singkapan terdiri daripada syal berkarbon dan sedikit batu lumpur bertuf. Dari penelitian batuan di lapangan didapati bahawa jujukan batuan adalah kepunyaan Ahli Belenggu yang didominasi oleh syal berkarbon.
Strata batuan mengalamai canggaan yang rencam di mana struktur seperti sesar, kekar dan perubahan jurus kemiringan dapat dicerap.
Antara fosil moluska (ammonoid Frankites sp. ) yang ditemui yang menunjukkan julat usia Ladinian (Trias Tengah) hingga Karnian (Trias Atas).
No comments:
Post a Comment