Thursday, March 25, 2010

Singkapan batuan berfosil, Lipis: Part 1


Tapak cadangan untuk pembinaan perumahan Taman Emas, tidak jauh dari simpang masuk ke Bandar K. Lipis. Penulis berkesempatan lagi meluangkan masa selama 1 jam untuk mencari fosil di kawasan berkenaan. Cuaca panas terik dan dahaga bukanlah halangan kerana kesempatan sebegini jarang diperolehi oleh penulis.



Kawasan ini mempunyai banyak ketulan batuan bersaiz tongkol dan ada di antaranya kaya dengan fosil bivalvia.

Perubahan fasies batuan antara fasies berargilit (kanan) dan fasies berarenit. Fasies berarenit terdiri daripada 2 unit batuan iaitu batu pasir dan batu pasir berpebel.

Unit batu pasir menindih unit batu pasir berpebel.


Konglomerat denan klasta-klasta terdiri daripada butiran quartza hampir terbundar.

2 comments:

  1. ni field saya ni...kat taman emas 2..dulu time pergi tgh pembinaan lagi....

    ReplyDelete
  2. Ini suda buleh dinamakan parakonglomerat nih?

    ReplyDelete