Sunday, July 18, 2010

Ammonoid Japonites sp. dari Aring, G. Musang


Pandangan lateral (Lateral View)



Pandangan lateral (lateral view - other side)


Pandangan venter (venter view)


Pandangan bahagian dalam (view of umbilicus wall)


Garis sutura yang masih jelas diperlihatankan
(preservation of suture line that can be well observed)

Ammonoid Japonites sp. ini adalah penemuan terbaru dan pertama kali pernah direkodkan di Malaysia. Kewujudan spesies yang sama telah direkodkan di Jepun dan selalunya wujud di rantau Amerika Utara. Pengenalpastiannya masih di peringkat awal. Kewujudannya dalam Rantau Tethyan membuktikan bahawa kawasan Aring pada usia Anisian mungkin berada di persimpangan /bukaan lautan paleo-Tethyan.

Spesimen yang ditemui dikawasan Aring ini adalah antara spesimen yang terbaik keadaan pengawetannya walaupun tanpa bahagian umbilikus selain ammonoid Danubites kansa (lengkap dengan umbilikus dan garis-garis sutura) yang juga pernah ditemui di kawasan tersebut.



No comments:

Post a Comment