Sunday, July 4, 2010

Singkapan batuan segar, Aring, Kelantan



Fasa kedua bagi pembinaan jalanraya Aring ke K.berang sedang rancak dalam pembinaan. Kebanyakkannya sedang dalam kerja-kerja pemotongan cerun-cerun bukit yang beralun. Kawasan laluan melibatkan kawasan Formasi Telong yang berusia Perm hingga Karnian. Banyak fosil Triassik telah ditemui pada cerun potongan di sepanjang laluan jalanraya tersebut.


Kerja-kerja pemotongan cerun bukit tersebut telah mendedahkan singkapan batuan yang segar walaupun batu yang terdedah tersebut telah teruk terluluhawa. Pemotongan cerun-cerun tersebut merintangi turutan batuan Triassik berarah utara selatan. Peluang untuk menemui/mencari fosil-fosil dalam singkapan batuan tersebut adalah sangat tinggi. Kita tidak akan dapat menjangkakan apa jenis fosil yang akan kita temui. Bayangkan, dasar lautan kuno yang semestinya mempunyai hidupan, mati dan tertimbus dalam dasar lautan. Kemudiannya terus tertimbus oleh enapan-enapan selepasnya; untuk 237 juta tahun lamanya sehinggalah kini ia terdedah.


Singkapan batuan ini adalah kepunyaan Formasi Aring yang terdiri daripada turutan batuan berargilit dan piroklastik. Apa yang menariknya adalah peluang yang tinggi untuk mencari sempadan formasi/batuan antara Formasi Telong dan Formasi Aring. Perubahan litologi yang dapat dicerap di lapangan dapat menentukan sempadan formasi/batuan tersebut.


Berada di singkapan-singkapan batuan tersebut membuat seperti kita berada di dasar lautan kuno pada 237 juta tahun lampau. Inilah peluang untuk mencari sesuatu yang telah lama hilang, walaupun kita 'tidak pasti' mengenai kepastiannya. Masa dan jarak tidak mengizin penulis berada lama di kawasan ini. Dalam 6-7 bulan nanti, cerun-cerun ini pastinya akan ditutupi oleh rumput-rumput atau semburan konkrit.


Alangkah seronoknya jika perasaan 'seronok ' mencari fosil dan perasaan 'ingin tahu' mengenai bakal fosil yang akan ditemui, dapat dikongsi dengan para geologist yang lain.


4 comments:

  1. Hi Ahmad, Semoga anda dapat menikmati keseronokan mencari dan menumui harta karun kuno! Selepas membaca blog anda, saya juga rasa ingin cari fosil-fosil tersebut! :)

    ReplyDelete
  2. Hi,

    I stumbled on your blog from the Lostgeologist. Fascinating posts :D !
    I'm a malaysian myself currently an undergrad at University of Michigan, Ann Arbor. I've been on several fossil-hunting road trips with fellow geologists in US and I'm impressed by your fossil-hunting escapade in Malaysia :D ! i would be so delighted if i could tag on your future trips in Malaysia :)

    aisyah@umich.edu

    geology rocks.

    ReplyDelete
  3. salam sukses pak untuk project anda, saya juga suka dengan ilmu yang mempelajari tentang kehidupan purba

    ReplyDelete
  4. Salam. Saudara kah yang selalu buat mapping dekat jalan Kenyir - Gua Musang kawasan entrance Projek Hidro Hulu Terengganu 2013?

    ReplyDelete