Singkapan batuan yang mengandungi fosil ammonoid berusia Spathian, Olenekian Awal, Trias Awal telah ditemui di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Taksa Euflemingites cf. tsotengensis Chao dan beberapa serpihan ammonoid yang tidak dikenalpasti ditemui pada singkapan tersebut. Penemuan ini yang kedua pernah direkodkan dalam strata batuan Trias di Semenanjung Malaysia. Penemuan pertama telah dilaporkan di Gua Panjang, Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini telah dipetakan berada dalam Formasi Semantan yang terhad dari usia Trias Tengah hingga Trias Atas. Dengan penemuan ini, usia Fm Semantan harus dikaji semula kerana berkemungkinan telah bermula sejak usia Perm Tengah lagi, atau mungkin perlu dipertimbangkan formasi baru di kawasan tersebut kerana wujud juga radiolarian dalam batuan rijang yang berusia Perm Tengah di kawasan Jengka (Basir Jasin et. al., 1995).
Ammonoid Euflemingites cf. tsotengensis Chao mencirikan Zon Meekoceras gracilitatus mewakili usia Smithian, Olenekian Bawah, Trias Bawah.
No comments:
Post a Comment