Lapisan berfosil di Taman Emas, Lipis dapat dicerap pada satu lapisan/horizon batu pasir yang bermiring kira-kira 30 darjah.
Gambar dekat yang menunjukan lapisan batu pasir berfosil
Serpihan-serpihan cengkerang
Costatoria pada satah permukaan batu pasir. Terdapat 3 spesies Costatoria yang dapat dikenalpasti iaitu
Costatoria goldfussi (Alberti),
Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) dan
Costatoria jelairensis sp. nov.
(Ahmad Rosli & Mohd Shafeea)
Antara serpihan-serpihan cengkerang
Costatoria yang dapat dicerap pada satah perlapisan. Cengkerang asal telah mengalami pelarutan, yang tinggal hanya acuan dalaman dan acuan luaran.
Costatoria goldfussi (acuan luaran) dengan garis pertumbuhan (concentric growth) yg jelas.
Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea). Acuan luaran. Dari segi morfologi menyamai
Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura0) dan
Costatoria goldfussi (Alberti) dan mungkin merupakan spesies perantaraan antara kedua-dua spesies tersebut.
Myophoria goldfussi lipisensis Tokuyama dikenali sebagai
Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) di mana cengkerang tanpa kedutan, manakala
Myophoria goldfussi crenulata (Kobayashi & Tamura) kini dikenali sebagai
Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea).
Antara spesies-spesies yang dikenalpasti di lapangan. Spesies
Costatoria goldfussi (Alberti) merupakan spesies kosmopolitan dan baru ditemui di Malaysia.