Lapisan berfosil di Taman Emas, Lipis dapat dicerap pada satu lapisan/horizon batu pasir yang bermiring kira-kira 30 darjah.
Serpihan-serpihan cengkerang Costatoria pada satah permukaan batu pasir. Terdapat 3 spesies Costatoria yang dapat dikenalpasti iaitu Costatoria goldfussi (Alberti), Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) dan Costatoria jelairensis sp. nov. (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea)
Antara serpihan-serpihan cengkerang Costatoria yang dapat dicerap pada satah perlapisan. Cengkerang asal telah mengalami pelarutan, yang tinggal hanya acuan dalaman dan acuan luaran.
Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea). Acuan luaran. Dari segi morfologi menyamai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura0) dan Costatoria goldfussi (Alberti) dan mungkin merupakan spesies perantaraan antara kedua-dua spesies tersebut. Myophoria goldfussi lipisensis Tokuyama dikenali sebagai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) di mana cengkerang tanpa kedutan, manakala Myophoria goldfussi crenulata (Kobayashi & Tamura) kini dikenali sebagai Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea).
No comments:
Post a Comment