Tuesday, December 29, 2009

Soal-Jawab Paleontologi - Kucarkacir

Perbezaan antara acuan dalaman dan bekas (cast).

Soalan:


Saya dapati agak sukar untuk membezakan antara acuan dalaman (internal mould) dan fosil bekas (cast) yang seakan-akan sama. Harap dapat bagi penjelasan yang terperinci.- Kucarkacir@29Dis.09

Jawapan:

Secara teorinya, muda sahaja nak membezakan internal mould dgn kas. Sebagai contoh mudah, kita ambil sekeping cengkerang kerang yang selalu kita makan tu (Anadara sp.), kemudian benamkan dalam tanah liat, then belah di bahagian venter dan kita buka. Acuan luaran (external mould) adalah yang berbentuk cengkung (concave) manakala acuan dalaman (internal mould) adalah yang berbentuk cembung (convex). Dalam kes ini cengkerang tersebut tidak terjejas, anggap ia tidak mengalami pelarutan; tetapi di dalam batuan sedimen, cengkerang tersebut mungkin telah terlarut dan hampir kebanyakkannya terbiar kosong. Itu sebab kita boleh dapat acuan dalaman dan acuan luaran.

Untuk bekas (cast) pula, kita ANDAIkan bahawa cengkerang sebelah itu kita benamkan dalam tanah liat berwarna hitam, kemudian kita 'larutkan' cengkerang dalam tanah liat itu (dgn asid or etc.). so yang tinggal adalah ruang kosong kan. Kemudian ruang yang kosong itu kita isi atau suntik sehingga penuh dengan tanah liat warna putih pula;kita belah dan buka sepanjang venter. So hasilnya adalah bekas yang berwarna putih dalam tanah liat yang berwarna hitam- juga merupakan replika cengkerang. Dalam kes ini cengkerang telah 'dilarutkan' dan digantikan oleh mineral lain dalam keseluruhan ruang cengkerang.

Bahasa mudahnya acauan luaran adalah tempelan bahagian luar cengkerang, acuan dalam adalah tempelan yang mengambarkan muka sebelah dalam cengkerang, manakala bekas mempamerkan muka luar keseluruhan cengkerang, juga merupakan duplikat. Dengan kata lainnya, bekas adalah cengkerang itu sendiri cuma telah mengalami pengisian semula.

Secara amali, mmg susah nak bandingkan antara sampel acuan luaran dan bekas terutama melibatkan fosil, kacauwali kita mempunyai banyak sampel bagi satu jenis spesies shj yang membolehkan kita membezakannya. Acuan dalaman bagi fosil ammonoid selalunya akan mempamerkan garis-garis sutura yang penting dalam pengenalpastian sehingga ke peringkat spesies. -Ahmad Rosli

u/p: jangan kucarkacirkan fosil anda....huhu!

Monday, December 28, 2009





Entri ini adalah berkaitan dengan Entri yang telah diposkan pada 1 April 2009. Klick untuk membaca Entri tersebut.

Baru-baru ini penulis berkesempatan selama 2 jam meneroka satu singkapan batuan di tepi jalanraya Benta ke K. Lipis. Singkapan baru ini terdedah semasa pembinaan kawasan perumahan yang dibina di atas permatang bukit yang memanjang utara-selatan dan merupakan sebahagian dari Formasi Kaling. Terdapat satu lapisan yang kaya fosil yang terdiri daripada Fauna Myophoria (Newton, 1900; Tokuyama, 1961, Kobayashi&Tamura, 1968). Fosil Costatoria paling banyak ditemui iaitu dari spesies Costatoria pahangensis, Costatoria malayensis dan Costatoria malayensis crenatula. Usia Fauna Myophoria masih menjadi tanda tanya; Newton (1900) memberikan usia Norian- Rhaethian, Trias Akhir manakala Tokuyama (1961) dan Kobayashi&Tamura (1968) pula memberikan usia Anisian, Trias Tengah. Berdasarkan penemuan Fauna Myophoria oleh Penulis di Aring, Gua Musang yang berassosia dengan ammonoid Anisian, usia Fauna ini mungkin berusia Anisian Tengah (subtahap Pelsonian-Illyrian), Trias Tengah.

Usaha mencari ammonoid perlu diutamakan bagi singkapan di K. Lipis bagi memastikan usia pengenapan sedimen berarenit ini. Ammonoid memainkan peranan penting dalam penentuan biostratigrafi Trias.

Sunday, December 6, 2009

Outcrop of Semantan Formation, Mela





These photos show typical rock sequence of Middle Triassic Semantan Formation, taken from Kg. Mela Lipis, Pahang. This formation is well-known comprises a rapidly alternating sequence of carbonaceous shale, silstone and rhyolite tuff where shale and tuff make up the bulk of the sequence. The common occurence of interbedded tuffaceous shale and silstone indicated that the volvanic activity was comtemporaneous with sedimentation.