Wednesday, April 1, 2009

Singkapan batuan baru di K. Lipis






Satu singkapan batuan yang baru telah terdedah berhampiran simpang masuk ke Bandar Lipis. Singkapan yang mempunyai 7-8 beam, dapat diperhatikan di sebelah kiri jalan yang menghala ke Gua Musang. Litologi singkapan adalah terdiri daripada perlapisan batuan lodak dan batu pasir. Lapisan konglomerat dengan klasta bersaiz pebel boleh diperhatikan di singkapan tersebut. Terdapat juga lapisan syal hitam yang mempunyai kesan bio serta lapisan berfosil.

Penulis hanya berkesempatan berada di singkapan tersebut selama 30 minit untuk mencari fosil. Antara fosil yang ditemui adalah Costatoria dan Halobia serta serpihan Krinoid. Namun jika berkesempatan lagi, mungkin lebih banyak fosil Triassik boleh ditemui di kawasan tersebut.

Kawasan K. Lipis sememangnya mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh Newton, 1900. Beliau menamakan nama Batu Pasir Myophoria atau "Myhoporian Sandstone" yang berusia Triassik Atas. Tetapi dengan lebih banyak penemuan fosil-fosil oleh pengkaji selepas itu, mendapati bahawa usianya adalah Triassik Tengah. Banyak penemuan fosil telah dilaporkan oleh pengkaji selepasnya seperti Cox (1936), Tamura (1973,1968) dan Tokuyama (1961). Tamura,1968 melaporkan penemuan myphoriid di Cegar Perah yang berassosia dengan ammonoid Paraceratites trinodosus. Oleh itu, usia Batu Pasir Myophoria bolehlah dianggarkan berusia Pelsonian, Anisian Atas, Triassik Tengah dalam Zon Paraceratites trinodosus.

Menurut Gobett & Hutchinson (1973), Myophoria fasies adalah "rich thick-shelled benthonic fauna and generally clastic character, is clearly of shallow-water origin."




No comments:

Post a Comment