Tuesday, July 3, 2012

Thursday, May 3, 2012

Singkapan Batuan Formasi Kerum, Jengka 8, Maran

Kawasan Pahang tengah terutamanya di kawasan Temerloh, Jerantut dan Maran sememangnya mempunyai banyak lokaliti berfosil khasnya fosil Trias kepunyaan Formasi Semantan dan Formasi Kaling. Mengikut rekod, jarang fosil ditemui dalam Forasi Kerum. Pembukaan kawasan untuk pembangunan di kawasan Jerantut telah mendedahkan banyak singkapan batuan berfosil kepunyaan Formasi Kerum seperti yang terdapat di Simpang Jengka 8, Maran; tidak jauh dari singkapan di Simpang Kota Gelanggi yang mempunyai fosil flora ( Flora Gelanggi) berusia Trias Akhir hingga Jura Awal. Sila lihat post ini.


Singkapan batuan ini mempamerkan saling lapis batu lumpur dengan batu lumpur berkarbon yang dipercayai terenap di sekitaran paya atau sungai kepunyaan Formasi Kerum; persekitaran di mana telah mula berlaku pengangkatan daratan. Mengikut rekod, Formasi Kerum unit batuan paling tua dalam Kumpulan Tembeling dan amat kurang fosil ditemui dalam formasi tersebut. Dari penemuan terkini hanya fosil flora ditemui dalam formasi ini.

Serpihan fosil tumbuh-tumbuhan banyak kedapatan pada satah-satah perlapisan.



 Fosil tumbuhan Neocalamites sp.mendominasi taburan fosil flora di kawasan ini.

Selain itu, fosil tumbuhan Cladophlebis sp. juga dapat dicerap pada permukaan lapisan batuan. Fosil yang terdapat pada bahagian tengah gambar ini (separuh membulat) ini menarik perhatian kerana ia turut ditemui di kawasan Kerambit, Kuala Lipis tetapi tidak dapat dipastikan apa jenis fosil tersebut.

Thursday, January 19, 2012

Singkapan Fm Semantan di Karak, Pahang


Singkapan batuan kepunyaan Formasi Semantan ini dicerap berhampiran Pekan Karak, Bentong. Litologi singkapan terdiri daripada syal berkarbon dan sedikit batu lumpur bertuf. Dari penelitian batuan di lapangan didapati bahawa jujukan batuan adalah kepunyaan Ahli Belenggu yang didominasi oleh syal berkarbon.




Strata batuan mengalamai canggaan yang rencam di mana struktur seperti sesar, kekar dan perubahan jurus kemiringan dapat dicerap.



Struktur 'Kink Band' yang dapat dicerap pada batuan syal berkarbon.



Antara fosil moluska (ammonoid Frankites sp. ) yang ditemui yang menunjukkan julat usia Ladinian (Trias Tengah) hingga Karnian (Trias Atas).



Struktur sesar yang telah memotong hampir bersudut tegak dengan perlapisan batuan.



Saling lapis syal berkarbon dan batu lumpur bertuf.



Struktur lipatan.


Sentuhan batuan antara batu lumpur bertuf (kiri) dan syal berkarbo (Kanan).




Wednesday, December 14, 2011

Singkapan Konglomerat K. Krau, Temerloh


Satu singkapan batuan yang mempamerkan konglomerat melapisi syal kepunyaan Formasi Semantan tersingkap di Kg. Dato' Shariff Ahmad berhampiran Bandar Kuala Krau, Temerloh.



Sempadan batuan dapat dicerap dengan jelas di lapangan yang mengambarkan berlaku perubahan luahan sedimen ke dalam lembangan. Berkemungkinan perubahan persekitaran pengenapan dari laut dalam/agak dalam ke persekitaran kebenuaan akibat proses angkatan pada usia awal Trias Atas.



Sukar dipastikan samada wujud ketakselaran antara lapisan batuan tersebut memandangkan arah perlapisan antara kedua-duanya adalah sama. Penelitian pada permukaan/satah lapisan syal mungkin dapat menjelaskan keadaan tersebut.



Saiz klasta konglomerat mencapai 15 cm yang terdiri daripada batuan volkanik, sama seperti singkapan konglomerat dari Kawasan Industri Jerantut. Matrik adalah terdiri daripada bahan klastik bertuf.



Lapisan syal yang dapat diperhatikan pada bahagian bawah singkapan. Tiada sebarang fosil ditemui dalam ' short trip' ini. Fosil bivalvia Daonella dan Peribositra biasa ditemui dalam lapisan ini dalam Formasi Semantan yang menunjukkan usia Ladinian, Trias Tengah.



Wednesday, November 2, 2011

Singapan enapan Fm Semantan, Mentakab


Satu singkapan batuan kepunyaan Formasi Semantan tersingkap di kawasan Industri Mentakab, Temerloh, Pahang. Namun begitu tidak ditemui sebarang fosil makro dalam turutan batuan tersebut.



Singkapan terdiri daripada turutan batu lumpur yang berkarbon atau bertuf, syal, batu pasir bertuf dan batu lodak.



Perlapisan batuan enapan turbidit ini mungkin terenap dipersekitaran laut dalam. Cirian utama bagi perlapisan ini adalah diwakili oleh selang lapis batu lumpur berkarbon, syal dan batu pasir bertuf.




Batu lodak



Kesan bio yang dicerap dalam batu lumpur berkarbon.

Sunday, September 25, 2011

The future of Palaeontology



All geologist must realize that the future of palaeontology is closely connected to all of futures. Only if we strive to understand the interactions of organisms and environmental change in the past can we hope to predict and therefore in the future. The future of palaeontology is indeed our own future! - Robin Cocks & Steve Culver, 1996.

Tuesday, September 6, 2011

Strata enapan marin Formasi Semantan, Kg. Sempadan, Temerloh


Singkapan strata enapan marin kepunyaan Formasi Semantan ini dicerap di Kg. Sempadan, Temerloh, berhampiran sempadan Daerah Bentong dan Temerloh melalui jalan lama Temerloh-Karak. Tiada sebarang fosil ditemui pada singkapan batuan tersebut (agak mengecewakan!).


Litologi utama bagi strata batuan tersebut adalah terdiri daripada turutan/jujukan perlapisan antara syal berkarbon, batu lodak, batu lumpur dan tuf riolit. Perlapisan batuan telah bermiring menghala ke arah tenggara dengan perbagai darjah kemiringan.


Lapisan syal berkarbon yang menindih lapisan batuan tuf riolit dan ditindih oleh batu lumpur.


Batuan tuf riolit yang telah terluluhawa sepenuhnya.


Lapisan batu lumpur yang mempamerkan struktur tertentu akibat kandungan iron.


Kawasan Temerloh terutamanya di kawasan Mentakab sememangnya mempunyai banyak lokaliti-lokaliti berfosil. Jaafar Ahmad telah menjalankan pemetaan geologi di kawasan tersebut dan telah memperkenalkan Formasi Semantan (enapan laut dalam) dan Formasi Kaling (enapan laut cetek) yang masih digunapakai sehingga kini. Menurutnya, Formasi Semantan adalah dianggarkan berusia Trias Tengah hingga Trias Atas, manakala Formasi Kaling pula adalah berusia Trias Atas berdasarkan bukti-bukti paleontologi. Dari kajian terkini, berdasarkan penemuan fosil-fosil terbaru serta maklumat paleontologi terbaru, didapati bahawa Formasi Kaling mungkin terbatas sehingga usia Anisian, Trias Tengah sahaja, manakala Formasi Semantan mungkin berlangsungan dari usia Anisian, Trias Tengah hingga Karnian, Trias Atas. Penulis amat menginginkan ruang /kesempatan untuk menjejak semula kesemua lokaliti-lokaliti berfosil di kawasan tersebut untuk didokumentasikan semula.



Sunday, June 19, 2011

Fosil bivalvia Trias dari Kerambit, Lipis


Satu singkapan yang kaya dengan fosil Trias kepunyaan Formasi Semantan telah ditemui pada satu cerun potongan bukit di Kerambit, Lipis. Singkapan batuan terdiri daripada turutan batuan syal, batu lumpur dan batu lodak.

Lapisan berfosil boleh ditemui pada lapisan-lapisan tertentu terutama dlm batu lumpur. Kajian terdahulu menunjukan bahawa antara fosil yang boleh ditemui di kawasan ini adalah Costatoria pahangensis (non, = Costatoria goldfussi), Entolium subdemissum, Elegantinia? sp., Plicatula (Pseudolacunopsis) cf. curunata, Cardium scrivenori dan Lima (Plagiostoma)? sp. Dari cerapan terkini, didapati terdapat banyak lagi fosil-fosil yang boleh ditemui di kawasan tersebut seperti Gruenelwaldia sp. dan Costatoria goldfussi. Penemuan ini unik kerana Costatoria juga boleh ditemui dalam batuan berargilit kepunyaan Formasi Semantan yang mana sebelum ini hanya ditemui dalam batuan berarenit yang sering dirujuk sebagai Batupasir Myophoria dalam bentuk longgokan kepunyaan Formasi Kaling. Ini menunjukan bahawa wujud perbezaan persekitaran pengenapan dan bukan dikawal oleh usia pengenapan. Dengan kata lain, Formasi Semantan dan Formasi Kaling telah dienapkan dipersekitaran yang berbeza pada usia geologi yang sama.



Acuan luaran Gruenelwaldia sp.


Kesemua spesimen Costatoria dari kawasan ini adalah terdiri daripada spesies goldfussi. Costatoria pahangensis yang ditemui oleh pengkaji terdahulu sebenarnya adalah Costatoria goldfussi yang mempunyai 8-12 rusukan primer dan tidak mempunyai rusukan sekunder.


Cirian utama Costatoria goldfussi adalah kehadiran 5 hingga 7 garis rusukan pada kawasan 'area'. Sebelum ini, spesimen-spesimen Costatoria dari strata-strata batuan Trias didapati tidak mempunyai garis rusukan pada kawasan 'area' sebaliknya mempunyai garis-garis melintang halus yang seterusnya dikenalpasti samada Costatoria pahangensis, Costatoria malayensis, Costatoria singapurensis atau Costatoria cegarperahensis (Kobayashi & Tamura, 1966). Costatoria goldfussi juga turut dilaporkan dari kawasan Aring, Kelantan. Garis rusukan pada kawasan 'area' tersebut jelas diperlihatkan dan terawet dengan baik dalam batu lumpur sebaliknya hampir tidak kelihatan dalam batu pasir seperti di kawasan Aring.

Tuesday, May 31, 2011

Berita penemuan fosil dalam Utusan Malaysia


Utusan Malaysia
12 Mei 2011

Thursday, May 26, 2011

Ammonoid atau ammonit?


Ammonoid jenis ammonit
Danubites kansa, Anisian Tengah, Trias Tengah
Aring, Malaysia



Ammonoid jenis goniatit
Emilites incertus, Pennsylvanian Atas, Karbon Lewat
Satun, Thailand



Ammonoid jenis ceratit
Joannites trilabiatus, Ladinian Lewat, Trias Tengah
Aring, Malaysia



Tiga jenis ammonoid berdasarkan garis sutur.


Ammonoid adalah merujuk kepada cengkerang unikatup yang bergelung dan berpintal, termasuk dalam Kelas Sepalopod, Filum Moluska. Berdasarkan kehadiran garis sutur, ammonoid terbahagian kepada 3 jenis iaitu ceratit, ammonit dan goniatit. Goniatit dominan pada usia Karbon hingga Perm, ceratit dominan pada zaman Trias manakala ammonit pula dominan pada usia Jura dan Kapur. Oleh itu jika istilah ammonit adalah merujuk kepada ammonoid yang berusia Jura-Kapur dan begitulah seterusnya kepada ceratit dan goniatit. Istilah ini perlu difahami agar tidak timbul kekeliruan dalam membuat mana-mana penulisan teknikal terutama dalam taksonomi.

Sunday, May 22, 2011

Gruenewaldia sp. from Aring, G. Musang



Genus Gruenewaldia sp. Wohrmann, 1889
Gruenewaldia sp.

Thursday, May 12, 2011

Costatoria dari Tmn Emas, Lipis



Lapisan berfosil di Taman Emas, Lipis dapat dicerap pada satu lapisan/horizon batu pasir yang bermiring kira-kira 30 darjah.



Gambar dekat yang menunjukan lapisan batu pasir berfosil




Serpihan-serpihan cengkerang Costatoria pada satah permukaan batu pasir. Terdapat 3 spesies Costatoria yang dapat dikenalpasti iaitu Costatoria goldfussi (Alberti), Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) dan Costatoria jelairensis sp. nov. (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea)



Antara serpihan-serpihan cengkerang Costatoria yang dapat dicerap pada satah perlapisan. Cengkerang asal telah mengalami pelarutan, yang tinggal hanya acuan dalaman dan acuan luaran.



Costatoria goldfussi (acuan luaran) dengan garis pertumbuhan (concentric growth) yg jelas.



Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea). Acuan luaran. Dari segi morfologi menyamai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura0) dan Costatoria goldfussi (Alberti) dan mungkin merupakan spesies perantaraan antara kedua-dua spesies tersebut. Myophoria goldfussi lipisensis Tokuyama dikenali sebagai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) di mana cengkerang tanpa kedutan, manakala Myophoria goldfussi crenulata (Kobayashi & Tamura) kini dikenali sebagai Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea).



Antara spesies-spesies yang dikenalpasti di lapangan. Spesies Costatoria goldfussi (Alberti) merupakan spesies kosmopolitan dan baru ditemui di Malaysia.


Post yang terdahulu: post 1, post 2 dan post 3.