Thursday, May 3, 2012

Singkapan Batuan Formasi Kerum, Jengka 8, Maran

Kawasan Pahang tengah terutamanya di kawasan Temerloh, Jerantut dan Maran sememangnya mempunyai banyak lokaliti berfosil khasnya fosil Trias kepunyaan Formasi Semantan dan Formasi Kaling. Mengikut rekod, jarang fosil ditemui dalam Forasi Kerum. Pembukaan kawasan untuk pembangunan di kawasan Jerantut telah mendedahkan banyak singkapan batuan berfosil kepunyaan Formasi Kerum seperti yang terdapat di Simpang Jengka 8, Maran; tidak jauh dari singkapan di Simpang Kota Gelanggi yang mempunyai fosil flora ( Flora Gelanggi) berusia Trias Akhir hingga Jura Awal. Sila lihat post ini.


Singkapan batuan ini mempamerkan saling lapis batu lumpur dengan batu lumpur berkarbon yang dipercayai terenap di sekitaran paya atau sungai kepunyaan Formasi Kerum; persekitaran di mana telah mula berlaku pengangkatan daratan. Mengikut rekod, Formasi Kerum unit batuan paling tua dalam Kumpulan Tembeling dan amat kurang fosil ditemui dalam formasi tersebut. Dari penemuan terkini hanya fosil flora ditemui dalam formasi ini.

Serpihan fosil tumbuh-tumbuhan banyak kedapatan pada satah-satah perlapisan.



 Fosil tumbuhan Neocalamites sp.mendominasi taburan fosil flora di kawasan ini.

Selain itu, fosil tumbuhan Cladophlebis sp. juga dapat dicerap pada permukaan lapisan batuan. Fosil yang terdapat pada bahagian tengah gambar ini (separuh membulat) ini menarik perhatian kerana ia turut ditemui di kawasan Kerambit, Kuala Lipis tetapi tidak dapat dipastikan apa jenis fosil tersebut.

No comments:

Post a Comment