Tuesday, May 31, 2011
Thursday, May 26, 2011
Ammonoid atau ammonit?
Tiga jenis ammonoid berdasarkan garis sutur.
Ammonoid adalah merujuk kepada cengkerang unikatup yang bergelung dan berpintal, termasuk dalam Kelas Sepalopod, Filum Moluska. Berdasarkan kehadiran garis sutur, ammonoid terbahagian kepada 3 jenis iaitu ceratit, ammonit dan goniatit. Goniatit dominan pada usia Karbon hingga Perm, ceratit dominan pada zaman Trias manakala ammonit pula dominan pada usia Jura dan Kapur. Oleh itu jika istilah ammonit adalah merujuk kepada ammonoid yang berusia Jura-Kapur dan begitulah seterusnya kepada ceratit dan goniatit. Istilah ini perlu difahami agar tidak timbul kekeliruan dalam membuat mana-mana penulisan teknikal terutama dalam taksonomi.
Sunday, May 22, 2011
Thursday, May 12, 2011
Costatoria dari Tmn Emas, Lipis
Lapisan berfosil di Taman Emas, Lipis dapat dicerap pada satu lapisan/horizon batu pasir yang bermiring kira-kira 30 darjah.
Serpihan-serpihan cengkerang Costatoria pada satah permukaan batu pasir. Terdapat 3 spesies Costatoria yang dapat dikenalpasti iaitu Costatoria goldfussi (Alberti), Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) dan Costatoria jelairensis sp. nov. (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea)
Antara serpihan-serpihan cengkerang Costatoria yang dapat dicerap pada satah perlapisan. Cengkerang asal telah mengalami pelarutan, yang tinggal hanya acuan dalaman dan acuan luaran.
Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea). Acuan luaran. Dari segi morfologi menyamai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura0) dan Costatoria goldfussi (Alberti) dan mungkin merupakan spesies perantaraan antara kedua-dua spesies tersebut. Myophoria goldfussi lipisensis Tokuyama dikenali sebagai Costatoria malayensis (Kobayashi & Tamura) di mana cengkerang tanpa kedutan, manakala Myophoria goldfussi crenulata (Kobayashi & Tamura) kini dikenali sebagai Costatoria jelairensis (Ahmad Rosli & Mohd Shafeea).
Subscribe to:
Posts (Atom)