Wednesday, December 14, 2011

Singkapan Konglomerat K. Krau, Temerloh


Satu singkapan batuan yang mempamerkan konglomerat melapisi syal kepunyaan Formasi Semantan tersingkap di Kg. Dato' Shariff Ahmad berhampiran Bandar Kuala Krau, Temerloh.



Sempadan batuan dapat dicerap dengan jelas di lapangan yang mengambarkan berlaku perubahan luahan sedimen ke dalam lembangan. Berkemungkinan perubahan persekitaran pengenapan dari laut dalam/agak dalam ke persekitaran kebenuaan akibat proses angkatan pada usia awal Trias Atas.



Sukar dipastikan samada wujud ketakselaran antara lapisan batuan tersebut memandangkan arah perlapisan antara kedua-duanya adalah sama. Penelitian pada permukaan/satah lapisan syal mungkin dapat menjelaskan keadaan tersebut.



Saiz klasta konglomerat mencapai 15 cm yang terdiri daripada batuan volkanik, sama seperti singkapan konglomerat dari Kawasan Industri Jerantut. Matrik adalah terdiri daripada bahan klastik bertuf.



Lapisan syal yang dapat diperhatikan pada bahagian bawah singkapan. Tiada sebarang fosil ditemui dalam ' short trip' ini. Fosil bivalvia Daonella dan Peribositra biasa ditemui dalam lapisan ini dalam Formasi Semantan yang menunjukkan usia Ladinian, Trias Tengah.



1 comment:

  1. Earn $10000 per month from Home. Join with The World's Perfect Business!.
    DO NOT MISS IT ==> http://goo.gl/2qg4X

    ReplyDelete