Entri ini adalah berkaitan dengan Entri yang telah diposkan pada 1 April 2009. Klick untuk membaca Entri tersebut.
Baru-baru ini penulis berkesempatan selama 2 jam meneroka satu singkapan batuan di tepi jalanraya Benta ke K. Lipis. Singkapan baru ini terdedah semasa pembinaan kawasan perumahan yang dibina di atas permatang bukit yang memanjang utara-selatan dan merupakan sebahagian dari Formasi Kaling. Terdapat satu lapisan yang kaya fosil yang terdiri daripada Fauna Myophoria (Newton, 1900; Tokuyama, 1961, Kobayashi&Tamura, 1968). Fosil Costatoria paling banyak ditemui iaitu dari spesies Costatoria pahangensis, Costatoria malayensis dan Costatoria malayensis crenatula. Usia Fauna Myophoria masih menjadi tanda tanya; Newton (1900) memberikan usia Norian- Rhaethian, Trias Akhir manakala Tokuyama (1961) dan Kobayashi&Tamura (1968) pula memberikan usia Anisian, Trias Tengah. Berdasarkan penemuan Fauna Myophoria oleh Penulis di Aring, Gua Musang yang berassosia dengan ammonoid Anisian, usia Fauna ini mungkin berusia Anisian Tengah (subtahap Pelsonian-Illyrian), Trias Tengah.
Usaha mencari ammonoid perlu diutamakan bagi singkapan di K. Lipis bagi memastikan usia pengenapan sedimen berarenit ini. Ammonoid memainkan peranan penting dalam penentuan biostratigrafi Trias.

No comments:
Post a Comment