Tuesday, September 9, 2008

Fosil Indek Ammonoid Dari Aring, Kelantan



Fosil ammonoid Frankites regoledanus (Mojsisovics) yang merupakan fosil indek bagi Subzon Regoledanus (Skala Piawaian Ammonoid Tethyan) telah ditemui pada satu singkapan cerun potongan bukit berhampiran Jalanraya baru Aring-K. Berang. Lokasi penemuan dinamakan sebagai QZ467 dan terletak kira-kira 30km dari Bandar Gua Musang, selantan Negeri Kelantan. Fosil ditemui dalam lapisan batu lumpur bertuf kelabu enapan marin yang merupakan sebahagian dari Formasi Telong. Spesies ini adalah tipikal bagi rantauan Tethyan kuno. Usia fosil ini adalah Longorbardian, Ladinian Akhir, Trias Tengah atau kira-kira 228-232 juta tahun lampau. Dahulunya ia dikenali sebagai Paratrachyceras tetapi oleh kerana tiada garis suturnya, Tozer,1971 menamakan semula genus ini kepada Frankites. Spesies lain iaitu Frankites apertus turut ditemui bersama dan berbeza dari F. regoledanus dari segi kekerapan rib-rib dan saiz cengkerang. Frankites sutherlandi dan Frankites glaber hanya boleh ditemui di rantauan Amerika Utara iaitu di British Columbia, Kanada. Frankites glaber adalah spesies yang mempunyai ciri-ciri genus Frankites dan Asklepioceras (Tozer, 1971).

Ammonoid fossil Frankites regoledanus (Mojsisovics), index fossil for Regoledanus Subzone (Tethyan Ammonoids Standard Scale) was discovered in a cut slope exposure adjacent the new Aring-K.Berang Highway. This location called as QZ467 is located about 30km from Gua Musang Township, south of Kelantan. Fossil was found on grey tuffaceous mudstone bed belongs to Telong Formation. This species is typical for Tethyan Realm and indicate Longorbardian, Late Ladinian, Middle Triassic or about 228-232 million years ago in age. Used to known as Paratrachyceras but due to does not show the suture line, Tozer, 1971 renamed this genus to Frankites. Frankites apertus, another species of Frankites was found associated with later species and can be discriminated by the frequency of the ribs and the size of whole. Frankites sutherlandi and Frankites glaber only can be obtained from British Columbia, Canada of North America Realm. Frankites glaber is a species with characters of both Frankites dan Asklepioceras (Tozer, 1971). -Ahmad Rosli

No comments:

Post a Comment