Thursday, May 21, 2009

Daonella dan Halobia dari K. Krau, Pahang



Halobia cf. Halobia daonellaformis (McRobert)



Daonella pahangensis (Kobayashi)




Fosil bivalvia Daonella pahangensis dan Halobia cf. Halobia daonellaformis telah ditemui dalam ladang kelapa sawit Jentar, K. Krau, Pahang dalam Formasi Sematan, berhampiran susur Mentakab, Lebuhraya LPT. Dengan kewujudan spesies ini stara batuan ini berusia Ladinian Atas, Trias Tengah. Kobayashi (1966) membahagikan kewujudan Daonella di Semenanjung Malaysia kepada zon barat yang dicirikan oleh Daonella-Halobia (off-shore facies) dan zon timur timur yang dicirikan oleh kewujudan Daonella dengan ammonoid dan batu pasir Myophoria (near-shore facies). Perbezaan ini adalah kerana zon-zon ini suatu ketika dahulu berada pada kerak/terrain yang berlainan (Sibumasu-Indochina paleo-terraines) dan bukannya disebabkan oleh geosyncline Malayan.

Fosil berbentuk tempelan ini wujud dengan banyaknya pada satu horizon dan selalunya hanya wujud dengan satu spesies sahaja. Oleh itu mungkin terdapat dua horizon Daonella di sini yang dikawal oleh usia pengenapan.
Halobia cf. Halobia daonellaformis adalah merupakan spesies peralihan dari Daonella kepada Halobia. Foto sumbangan Fathullah & Hasan.

1 comment:

  1. Salam. saya baru belajar tentang fosil2. saya dapati agak sukar utk membezakan antara internal mould fosil & fosil kas.seakan2 sama. Harap penjelasan yg lebih terperinci. TQ

    ReplyDelete