Batuan tuf terlaminasi
Singkapan baru bagi Formasi Aring telah terdedah di laluan jalanraya K.Berang- Aring (Pakej 6A) di mana kerja-kerja pemotongan cerun sedang giat dijalankan (begitu juga dengan laluan di sebelah Aring). Sepanjang laluan tersebut mungkin tersingkap sempadan antara Formasi Telong dan Formasi Aring. Cerapan di lapangan tidak dapat dilakukan kerana masalah keupayaan enjin di mana hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja yang boleh melalui jalan tersebut.
Formasi Aring diperkenalkan oleh Aw (199o) berdasarkan singkapan batuan di Sg. Nuar berhampiran Sg. Lebir. Ketebalan batuan dianggarkan kira-kira 3km dengan usia dianggarkan berjulat dari Karbon Atas hingga Trias Atas.
Litologi Formasi Aring didominasi oleh batuan volkanik (piroklastik, lava andesit) marmar dolomitik dan argilit. Batuan piroklastik diwakili oleh tuf litik kristal, tuf berbutir halus, batuan sedimen bertuf, tuf apanitik, tuff lapili dan breksia volkanik. Batuan-batuan volkanik ini jelas diperlihatkan pada singkapan-singkapan batuan tersebut.

No comments:
Post a Comment