Thursday, October 1, 2009

Konglomerat Volkanoklastik Gelanggi





Singkapan batuan konglomerat volkaniklastik ini dapat diperhatikan pada 3 cerun potongan bukit di tepi jalanraya yang menghubungkan Kota Gelanggi 3 ke Lepar Hilir, Jerantut. Klastanya terdiri daripada pebble volkanik terbundar dalam matrik lumpur. Nisbah matrik melebihi klasta- parakonglomerat. Singkapan yang serupa turut ditemui di kawasan perindustrian Jerantut, berhampiran Masjid Daerah Jerantut tetapi saiz klastanya lebih besar bersaiz boulder. Usia konglomerat ini tidak dapat ditentukan kerana ketiadaan fosil namun Lee (1999) menganggarkan usia pengenapan sedimen ini adalah pada Post-Trias. Ahmad Rosli (1999) telah memetakan kawasan ini sebagai Formasi Kerum yang berusia Trias Akhir.


No comments:

Post a Comment