Monday, April 11, 2011

6 species Neoschizodus from Aring, Kelantan


Neoschizodus sp. C
(Internal mould, right valve)




Neoschizodus laevigatus elongatus (Philippi)
(Internal mould, left valve)



Neoschizodus laevigatus (Ziethen)
(cast, left valve)



Neoschizodus sp. A
(Internal mould, left valve)



Neoschizodus ovatus (Goldfuss)
(Internal mould, left valve)



Neoschizodus orbicularis (Bron)
(Internal mould, left valve)


Middle Anisian-Upper Ladinian, Middle Triassic (~225-210 m.a)
Telong Formation, Aring, Kelantan


Wednesday, February 16, 2011

Sirenotrachyceras thusneldae II

Sirenotrachyceras thusneldae Mojsisovics with suture lines. Only documented from Southern Alps, Italy.


Sirenotrachyceras thusneldae Mojsisovics recently discovered from Telong Formation, Gua Musang, West Malaysia.


Wednesday, February 9, 2011

Fosil Indek: Hindeodus Parvus (Konodon)



Fosil konodon Hindeodus parvus Kozur & Pjatakova
Fosil indek bagi batas Zaman Perm-Trias


Monday, January 31, 2011

Panduan Paleontologi 1: Tatacara Penamaan (Open Nomenclature)

Tatacara penamaan adalah sangat penting dalam penentuan taksonomi oleh ahli-ahli paleontologi. Berbagai cara telah digunakan seperti cf., aff. dan ? yang merujuk kepada tahap ketidakpastian sering mengelirukan dan ini menyebabkan kesukaran dalam pemerihalan taksonomi. Kekeliruan ini mungkin juga menyebabkan ramai geologist tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang Paleontologi. Berikut disenaraikan tatacara penamaan taksonomi tersebut yang sering digunakan dalam pemerihalan sistematik paleontologi;

Contoh: Frankites regoledanus (Mojsisovics)

Frankites - nama kumpulan genus, tulisan italik (herotan)
regoledanus - nama kumpulan spesies, tulisan italik (herotan)
(Mojsisovics) - nama pengarang asal yang memperkenalkan dan memerihalkan spesies tersebut. Jika dalam kurungan bermaksud spesies itu telah mengalami pengubahsuaian samada nama kumpulan spesies atau genus oleh pengarang lain. Nama asal spesies tersebut adalah Paratrachyceras regoledanus Mojsisovics.

aff. (atau n. sp., aff., atau sp. nov., aff.) - Bahan/spesimen adalah tidak menepati ciri-ciri asal spesis rujukan dan berkemungkinan adalah merupakan spesies baru yang sebelum ini belum pernah diperihalkan. Penggunaan aff. sahaja bermaksud bahawa spesimen jelas berbeza dengan spesis rujukan tetapi masih terangkum dalam variasi spesies rujukan tersebut. Frankites aff. regoledanus (Mojsisovics); bermakna spesimen itu adalah menyerupai Frankites regoledanus tetapi ciri-ciri morfologinya berbeza dengan Frankites regoledanus dan spesies Frankites yang lain.

cf. - menunjukan bahawa penentuan spesies spesimen adalah tidakpasti mungkin disebabkan oleh pengawetan spesimen yang buruk. Penetapan spesiesnya hanyalah untuk sementara sahaja. Digunakan selepas nama kumpulan spesies. Frankites cf. regoledanus (Mojsisovics); bermakna spesimen itu kita tidak pasti (mungkin pengawetan buruk atau cuma serpihan kecil) tetapi menyerupai Frankites regoledanus berbanding dengan spesies-spesies Frankites yang lain.

? - bermakna pengenalpastian adalah tidak pasti.

sp.- menunjukan bahawa pengenalpastian spesimen adalah mustahil; atau spesimen tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana spesies atau pengenalpastian spesifik belum dibuat terhadap sesuatu spesimen. Digunakan pada nama kumpulan genus. Frankites sp.: bermakna kita tidak kaitkan dengan mana-mana spesies Frankites seperti Frankites regoledanus, F. apertus, F. sutherlandi atau F. hofmanni dan kita memerlukan kajian lebih lanjut.

'.....' - menunjukkan bahawa spesimen adalah genus baru (atau subgenus), tetapi bahan yang diperolehi tidak menepati untuk menegakkan/ menamakan genus baru. Digunakan pada nama kumpulan genus.

Dalam menghadapi ketidakpastian spesimen, penggunaan tanda '?' selepas nama kumpulan genus adalah memadai. Tetapi jika kita mempunyai 'tahap' keyakinan yang tinggi berdasarkan perbandingan spesimen dengan spesimen rujukan dan maklumat yang diperolehi, tanda cf. boleh digunakan.

Satu lagi tatacara penamaan taksonomi adalah penggunaan 'syntax'. Cara penggunaan yang betul adalah Frankites cf. regoledanus dan bukannya Frankites cf. F. regoledanus.

Penamaan taksonomi yang kita lakukan tersebut adalah bersifat 'benar pada ketika itu' dan mungkin akan dikaji semula atau dibuat perbandingan oleh pengkaji-pengkaji lain berdasarkan maklumat-maklumat terbaru atau penemuan-penemuan spesimen yang lebih sempurna. Oleh kerana itu ia dinamakan sebagai 'Open Nomenclature'. Dalam membuat perbandingan, spesimen kita akan dibandingkan dengan spesimen-spesimen lain (bagi spesies yang sama), sudah semestinya mempunyai tatacara tersendiri (Synonymy Lists). Penggunaannya akan dicatatkan dalam 'entry' yang akan datang.

Sebenarnya kajian bidang paleontologi tidaklah sesukar mana, cuma memerlukan ketekunan dan penelitian yang mendalam serta maklumat yang mencukupi, malah ia sebenarnya menyeronokkan. Penamaan taksonomi/taksa sememangnya tidak dapat dielakkan dalam kajian ini, namun jika faham dengan konsep dan tatacara penamaan, kajian kita akan menjadi lebih mudah.

Thursday, January 27, 2011

Orthocone shell cephalopod from Aring



Orthocone, straight shell of a nautiloid cephalopod found in the Middle Permian-Upper Triassic Telong Formation, Aring, Gua Musang. An orthocone can be thought of as like a nautilus shell but with the shell straight and uncoiled.

Wednesday, January 19, 2011

Ladinian-Carnian Ammonoid from Aring : Sirenotrachyceras thusneldea


Sirenotrachyceras thusnaldea (Mojsisovics) obtained from Stuores, Southern Alps, Italy




Sirenotrachyceras thusnaldea (Mojsisovics) collected from QZ467, Aring, Kelantan
Canadensis Subzone, Lower Carnian, Upper Triassic.

Sunday, January 16, 2011

Ammonoid Smithian (Trias Awal), Jengka


Singkapan batuan yang mengandungi fosil ammonoid berusia Spathian, Olenekian Awal, Trias Awal telah ditemui di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Taksa Euflemingites cf. tsotengensis Chao dan beberapa serpihan ammonoid yang tidak dikenalpasti ditemui pada singkapan tersebut. Penemuan ini yang kedua pernah direkodkan dalam strata batuan Trias di Semenanjung Malaysia. Penemuan pertama telah dilaporkan di Gua Panjang, Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini telah dipetakan berada dalam Formasi Semantan yang terhad dari usia Trias Tengah hingga Trias Atas. Dengan penemuan ini, usia Fm Semantan harus dikaji semula kerana berkemungkinan telah bermula sejak usia Perm Tengah lagi, atau mungkin perlu dipertimbangkan formasi baru di kawasan tersebut kerana wujud juga radiolarian dalam batuan rijang yang berusia Perm Tengah di kawasan Jengka (Basir Jasin et. al., 1995).





Ammonoid Euflemingites cf. tsotengensis Chao mencirikan Zon Meekoceras gracilitatus mewakili usia Smithian, Olenekian Bawah, Trias Bawah.



Tempelan fosil ammonoid yang tidak dikenalpasti pada satah-satah perlapisan batuan.


Ammonoid Euflemingites cf. tsotengensis Chao dari Chaohu, Wilayah Anhui, SE China.

Sunday, November 28, 2010

Gastropod Trias Tengah (Anisian) dari Aring, Kelantan


Fosil gastropod Neritaria involuta Koken dari Muschelkalk,Trias Tengah (Anisian), Jerman


Fosil gastropod Neritaria involuta Koken dari Formasi Telong, Trias Tengah (Anisian), Aring, Kelantan. Penemuan terbaru di Malaysia dalam Zon Batuan Trias Barat. Ditemui secara kokuina yang bersekutuan rapat dengan fauna Myophoria (sensu lato), petunjuk kepada pengenapan di persekitaran laut cetek.


Monday, November 1, 2010

Sejarah dan perkembangan skala masa Trias


Batuan Trias mula dikaji oleh Ahli Geologi Jerman pada lewat tahun 1700an lagi. Friedrich August von Alberti (1795-1878) adalah pengasas kepada kajian batuan Trias yang mengkaji singkapan jujukan batuan setebal 1km yang tersingkap di bahagian baratdaya Jerman. Beliau membahagikan strata batuan tersebut kepada tiga 'formasi' iaitu Bunten Sandsteins, Muschelkalk dan Keuper. Alberti juga telah mengenalpasti batuan Trias dari luar negara Jerman termasuklah seluruh Eropah, Asia, Amerika Utara, Afrika dan Amerika Selatan.

Pada tahun 1895, ahli geologi Austria, Edmund von Mojsisovics (1839-1907) dibantu oleh Wilhem Waagen dan Carl Diener telah membina pembahagian skala masa Trias berdasarkan biostratigrafi ammonoid dan telah memperkenalkan kronostratigrafi Trias yang masih digunapakai sehingga ke hari ini. Beliau juga bertanggungjawab dalam menamakan dan memperkenalkan spesies-spesies ammonoid Trias. Ketika ini skala ini sering mengalami penambahbaikan terutamanya dari kajian-kajian oleh ahli geologi Kanada, E. Timothy Tozer (1928-). Skala ini juga dibangunkan bersama kajian biostratigrafi konodon.

Skala kronostratigrafi Trias mempunyai tiga siri (tiada perbahasan) dan tujuh peringkat ( sering diperbahaskan). Setiap batas dalam skala ini adalah ditetapkan berdasarkan tempat atau bahagian stratoype global (Global stratotype sections and points) dari beberapa negara yang dipersetujui oleh 'Subcommission on Triassic Stratigraphy,STS'; satu badan dalam IUGS International Commission on Stratigraphy.Penetapan kronostratigrafi bagi 15 subperingkat dalam skala masa Trias masih digunapakai walaupun berbagai isu dalam biostratigrafi masih belum diselesaikan.

Penetapan batas bagi peringkat-peringkat dalam skala masa Trias adalah berdasarkan;

  1. Dasar Peringkat Induan (=dasar Trias, = batas Trias Bawah) ditetapkan oleh kewujudan terakhir (LO) konodon Hindeodus parvus di Guangxi, selatan China.
  2. Dasar Peringkat Olenekian mungkin ditetapkan oleh LO bagi konodon Neospathodus waageni di Spiti, India- masih dalam perbahasan.
  3. Dasar Peringkat Anisian (=batas Trias Tengah) mungkin ditetapkan oleh LO konodon Chiosella timorensis di Desli Caira, Romania.
  4. Dasar Peringkat Ladinian ditetapkan oleh LO ammonoid Eoprotrachyceras curioni di Bagolino, Itali.
  5. Dasar Peringkay Karnian (batas Trias Atas) mungkin ditetapkan oleh LO ammonoid Daxatina canadensis di Stures Wiesen, Itali.
  6. Dasar Peringkat Norian mungkin ditetapkan ditetapkan oleh konodon dalam zon ammonoid Stikinoceras kerri, berpandukan dasar Norian di Amerika Utara; masih hangat diperbahaskan.
  7. Dasar eringkat Rhaethian ditetapkan oleh LO konodon Misikella posthernsteini di Steinbergkogel, Austria.
  8. Dasar peringkat Hettangian (=batas Jura, =batas Jura Bawah) ditetapkan oleh LO ammonoid Psiloceras spelae di Kuhjoch, Austria.
Kebanyakan penetapan bagi dasar-dasar bagi 15 subtahap masih kekurangan data formal. Masalah utama yang dihadapi adalah kurangnya ahli-ahli geologi yang mengkaji bidang ini.

Monday, October 18, 2010

Ammonoid Pearylandites sp., Aring




Dua spesimen ammonoid Pearylandites sp. telah dikenalpasti di Lokaliti QZ480 baru-baru ini. Spesies ini terhad pada usia Anisian Tengah (Trias Tengah) dan biasa ditemui pada Rantau Amerika Utara dan Rantau Boreal. Oleh itu himpunan ammonoid di Semenanjung Malaysia menunjukkan percampuran antara Tethys, Amerika Utara dan Boreal. Antara spesies luar dari Rantau Tethys yang boleh ditemui di kawasan Aring adalah Holandites sp. dan Tetsaoceras sp. Percampuran spesies-spesies ammonoid ini adalah disebabkan kedudukan Semenanjung Malaysia ketika Trias Tengah yang terletak pada bahagian barat Laut Paleo-Tethys yang menjadi laluan utama atau penghijrahan antara Lautan Plaeo-Tethys dan Lautan Panthalassa.

Monday, October 11, 2010

Fosil Tumbuhan, Jerantut


Cladophlebis sp.


Asteroteca sp.

Fosil tumbuhan ini ditemui di Simpang Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang dalam perlapisan sedimen kepunyaan Formasi Kerum dengan usia dianggarkan Trias Atas (Rhaethian?)

Saturday, October 2, 2010

Singkapan Fm Semantan di Jerantut


Satu singkapan batuan berupa cerun potongan mempamerkan perlapisan batuan sedimen enapan marin kepunyaan Formasi Semantan, terletak berhampiran Masjid Jerantut.


Perlapisan batuan terdiri daripada turutan batuan lodak bertuf dengan syal hitam berkarbon.



Fosil ammonoid ?Frankites ditemui dalam perlapisan batuan tersebut menandakan usia peneganapan sedimen berlangsung pada usia Ladinian lewat, Trias Tengah.


Monday, September 20, 2010

Singkapan Formasi Semantan, Sebertak


Singkapan batuan enapan marin kepunyaan Formasi Semantan dari Felda Sebertak, Bera, Pahang.


Pemandangan dari singkapan bertentangan.


Turutan batuan adalah terdiri daripada perlapisan tebal batu lumpur, syal berkarbon dan tuf.

Turutan batuan adalah biasa diperlihatkan dalam mana-mana jua singkapan kepunyaan Formasi Semantan. Perulangan perlapisan sedimen klastik dengan piroklastik menunjukkan bahawa berlakunya aktiviti pengenapan sedimen di persekitaran yang tenang yang berselang seli dengan aktiviti volkanik.


Sesar normal yang memotong perlapisan batuan.

Wednesday, August 25, 2010

Formasi Trias Malaysia - litologi, biofasies, korelasi dan kedudukan tektonostratigrafi

Semenanjung Malaysia mempunyai dua formasi Trias yang utama iaitu Formasi Semantan dan Formasi Kaling (diperkenalkan oleh Jaafar Ahmad, 1976) dan dua biofasies yang utama iaitu biofasies Daonella dan biofasies Myophoria (Kobayashi, 1966). Litologi bagi Formasi Semantan adalah terdiri daripada turutan syal berkarbon, batu lodak, tuff riolit dengan kekantan kecil rijang dan batu kapur. Persekitaran pengenapan adalah di persekitaran laut dalam dengan kegiatan volkanik yang aktif; disokong oleh kewujudan fauna ammonoid dan bivalvia bercengkerang nipis. Manakala bagi Formasi Kaling pula terdiri daripada batu pasir, kuartzite dengan sedikit konglomerat, syal dan riolit tuf. Persekitaran pengenapan adalah di persekitaran laut cetek ke laut dalam; disokong oleh kewujudan fauna bivalvia bercengkerang tebal, fosil tumbuhan dan ammonoid.

Fosil dalam batuan Formasi Semantan adalah mewakili biofasies Daonella manakala fosil dalam batuan Formasi Kaling pula mewakili biofasies Myophoria. Fosil Daonella dalam Formasi Semantan berassosiasi dengan ammonoid berusia Ladinian Akhir manakala fosil Myophoria dalam Formasi Kaling pula berassosia dengan ammonoid berusia Anisian Tengah dan Anisian Akhir.

Fauna Myophoria dalam Batu Pasir Myhophoria yang diperkenalkan Newton (1900) (berdasarkan penemuan fauna tersebut di Kuala Lipis) sebelum ini dianggarkan berusia Rhaetian, Trias Awal tetapi berdasarkan kajian terkini didapati bahawa fauna tersebut adalah berusia Anisian hingga Ladinian awal berdasarkan assosiasi dengan ammonoid Anisian seperti yang dilaporkan oleh Kummel (1960), Jaafar Ahmad (1976), Sato (1964) dan Ahmad Rosli & Mohd Shafeea (2008).

Dari segi korelasi berdasarkan kesamaan litologi dan taburan fosil , Formasi Semantan boleh dikorelasikan dengan Formasi Pha Kan dari Kumpulan Lampang di bahagian utara Thailand Formasi Manghuai di bahagian selantan China dan Formasi Na Khuat di bahagian utara Vietnam. Batuan dari Formasi Pha Kan mengandungi banyak bivalvia dan ammonoid berusia Ladinian-Karnian. Manakala Formasi Kaling pula adalah setara dengan Formasi Pha Kan Formasi juga dari Kumpulan Lampang, Formasi Shanglan di bahagian selatan China dan Formasi Diem He di bahagian utara Vietnam. Batuan Formasi ini diwakili oleh spesies-spesies Costatoria, sama seperti yang terdapat dalam Formasi Kaling di Malaysia.

Dari segi kedudukan tektonostratigrafi, Formasi Semantan/Formasi Pha Kan/ Formasi Manghui dan Formasi Kaling/Formasi Pha Kan/ Formasi Shanglan adalah terletak dalam Terain Sukhothai dalam blok Shan-Thai kepunyaan domain Cathaysian.


Tuesday, August 10, 2010

Frenguilliela sp. from QZ480, Aring






Newly discovered from Malaysia, found close associated with Anisian ammonoids (Middle Triassic). Frenguilliela tonurensis were introduced and described by Kobayashi & Tamura (1966) based on single specimen found on Carnian rock strata (Late Triassic) in Tonur, Japan.

Wednesday, August 4, 2010

Struktur saling tindanan bivalvia Daonella





Struktur saling tindanan fosil bivavia Daonella ini sering diperlihatkan pada satah-satah batuan sedimen kepunyaan Formasi Semantan. Spesimen diperolehi dari Ladang Jentar, Mentakab, Pahang.